I'm Waiting You
Le Owner



Bonjour Guys!. You was stuck in my blog.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.


Round-Round



Story About Links Goodies


Square-Square




Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Mengapa perempuan sering menangis?
Monday 23 December 2013 | 23:28 | 0 BlackWhite


Dulu
Thursday 20 June 2013 | 20:48 | 0 BlackWhite
1.ikat toncang hairband warna merah masa darjah satu hingga dua. Ya itu aku, dulu aku gemar colour merah kalau boleh semua benda aku nk warna merah. Aku start pakai tudung darjah tiga itu pun kerana ustaz azman suruh pakai. Balik rumah terus pujuk mak suruh beli tudung (excited gila time tuh). aku nak jugak rasa mcm mana apabila bertudung.

2.aku ada twin bernama balqis. Eh sepupu lah. Kitorang dulu sangat rapat mcm twin. Kemana dia pergi, bermain selalu bersama bergaduh pun. Hihi. Maklumla kitorang sama umur so selalu la bersama.

3.tak penah dapat makan (RMT) percuma pagi-pagi. Jeles k jeles dengan orang yg dapat.

4. time beratur kat dewan selalu aku berebut tempat sebab nk duduk kat depan. Tapi akhirnya sapa rendah dok depan sapa tinggi dok belakang. Huh -..-

5.penah menangis dalam kelas sebab kena buli di budak *besar* bernama intan. Manja bukan ? eh kesah pulak aku time tuh. huh

6. tudung jadi ke tak jadi tak kisah pun time tuh. Just buat muka blur jee. Ape jadahnya nk pakai cantik-cantik time tuh ?

7.beg Barbie warna pink yang diidamkan semua pelajar perempuan di sekolah. Termasuk aku. hee

8.kasut magnet/tarik shrett prap prap. Ape jadahnya nk pakai kasut bertali ?

9. setiap kali nurse dtg kat kelas aku selalu berdebar dan terus menyorok bawah meja sebab takut nurse panggil cek gigi. Nakal bukan ?

10. penah nk kena baling pemadan papan hitam di cikgu syafie sebab aku tertido time dia tengah mengajar. 

11.kerja sekolah tak siap kena rotan/berdiri. Time tuh aku just ‘kesah pulak aku ?

12.penah kena denda kutip sampah satu padang sebab tak pakai baju sukan. Ape jadahnya nk malu-malu time tuh ?

13.penah jatuh cinta kat anak seorang cikgu. Hesem gila anaknya mcm ayahnya weh *melting*

14.time aku darjah lima penah dapat surat cinta dari seseorang jejaka. Ape jadahnya nk pakai fon time tuh ? balik rumah mak aku nk basuh baju sekolah then dia terbaca surat tuh sampai aku kena marah teruk. Haha *kantoi*

15.ketua kelas sangat digerumi ketika itu. Sapa bising dan berjalan kena tulis nama. Pastu nama-nama tersebut kena bagi kat cikgu, then cikgu panggil pegi kat depan pastu kena rotan depan orang ramai. Sistematik bukan ?

16.penah berangan nk jadi cikgu. Ada kala tuh, kat rumah aku main-main jadi cikgu dengan my cousin balqis nakal gila kitorang time tuh bila diingatkan balik rasa mcm nk gelak je.

17.penah jadi penolong kelas time darjah 6 . Yeahh. Impianku tercapai :D

:)
Friday 22 March 2013 | 05:55 | 0 BlackWhite
"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya: “Saat Ku ciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. “Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar. “Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. “Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. “Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya. “Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. “Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. “Dan akhirnya, Ku berikan ia AIR MATA, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

:)
Thursday 17 January 2013 | 00:09 | 0 BlackWhite
Dapat Article ni dari kawan kt blog. Cerita dia sedih and sweet macam ni:

awak, saya bukan CEMBURU!
awak,
ye, awak yang post gambar cun kat facebook dan sebagainya tu.
ye, awak yang comel dan pose ala-ala model gitu tu.
ye, awak jugak yang upload gambar senyum sweet sgt tu.

awak, awak jangan salah faham.
mmg la awak cun dan comel dan saya ni ala-ala biasa-biasa je..
buat gaya yuna tak reti, nak tiru hanata jima tak jadi. 
tapi bukan sebab tu saya tak berapa suka awak post gambar kat facebook tu.
bukan saya jealous tengok bilangan like dan komen-komen jejaka-jejaka memuja memuji ciptaan Allah kat gambar-gambar awak tu.
bukanlah awak..

tapi,

saya tegur tu sebab saya tak mahu awak jadi bahan tontonan.
awak, kalau kita sayang barang,
kita akan simpan elok-elok kan?
ada ke kita nak bagi apa yang kita sayang tu,
sesuka hati, senang-senag je kat orang lain, orang yang kita tak kenal pulak tu.
ade ke awak?
awak tu cantik,
cantik tu nikmat tau wak.
cantik tu jugak ujian.
nikmat kalau tak pandai hargai, boleh jadi bala,
nikmat kalau tak pandai jaga, nanti ditarik balik.
ujian kalau tak kuat, nanti sia-sia.
awak, rugi tau kalau awak biar lelaki-lelaki yang ntah siapa-siapa tu,

tengok kecantikan awak tu senang-senang macam tu.
nanti awak dah tak special la.

awak,
betul ni, walau saya tak secantik awak,
tapi, saya tak cemburu.
saya cuma sedih, tengok awak jadi bahan pameran dan pelampias nafsu lelaki.
saya cuma tak suka tengok awak jadi bahan tontonan lelaki.
dan saya benci bila lelaki kata,
awak yang tunjuk, diaorang tengok je la.
tengok tu, diaorang best2 tengok tenung awak, tapi last2 blame kan awak jugak

awak,
awak tetap cantik.
even kalau awak tak upload segala gambar segala bagai kat mana pun,
kecantikkan awak tu tak akan kurang.

Wajah awak untuk suami awak.